Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak
Jangan ambil ringan tentang cara mendidik anak kita hari ini, kerana ia akan mempengaruhi peribadi anak kelak. Elakkan perkara-perkara berikut: 40 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak:
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
**** Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali****
Sunday, June 29, 2008
Thursday, June 26, 2008
Asya tak gi Tadika
Semalam lepas masak dinner tiba-tiba diorg ajak gi Carrefour tuk beli barang.. so terus siap dan pegi sana. Ramainya orang sampai tahap troli pon takde langsung... Asya nampak enjoy main dengan sepupu dia Alyssa d' Princess.
Tengah malam Asya takleh tidur dia asyik dok nangis, then muntah.. muntah... tak taula pukul berapa dia kejut nak pegi toilet dan mandi, lepas mandi baru nampak dia lega dan tidur. So pagi ni nampak dia tidur dengan nyenyaknya sampai tak sampai hati nak kejutkan. Last sekali angkat jer masuk kereta, nampak dia macam tak bermaya... Kesian kat Asya, tapi nak buat camner hidup kena teruskan jugak, terpaksa tinggalkan dia kat taska sambil pesan mintak dia berehat tak payah pegi tadika.
Tengah malam Asya takleh tidur dia asyik dok nangis, then muntah.. muntah... tak taula pukul berapa dia kejut nak pegi toilet dan mandi, lepas mandi baru nampak dia lega dan tidur. So pagi ni nampak dia tidur dengan nyenyaknya sampai tak sampai hati nak kejutkan. Last sekali angkat jer masuk kereta, nampak dia macam tak bermaya... Kesian kat Asya, tapi nak buat camner hidup kena teruskan jugak, terpaksa tinggalkan dia kat taska sambil pesan mintak dia berehat tak payah pegi tadika.
Monday, June 23, 2008
Cerita Pagi
Tiada yang lebih indah melainkan melihat Asya bangun dari tidur, mandi, gosok gigi, pakai uniform tadika, lepas tuh berjalan turun ke bawah untuk cari barang-barang yang boleh dibawa ke Tadika. Sambil ketawa dia berlari keliling sofa untuk mengelak dari menyikat rambut yang agak kusut (paham-paham jerla...rambut dia camner). Dan macam biasa lepas salam gi office. *End Cerita Pagi*
Subscribe to:
Posts (Atom)
From Asya With Luv Designed By Gisele Jaquenod