Sepanjang cuti sekolah, Asya menghabiskan masa dengan abah..maka disebabkan banyak masa terluang, kenala isi dengan aktiviti-aktiviti agar Asya tak keboringan di rumah.. salah satu aktiviti yang Asya memang suke buat ialah potong-potong sayur kat dapur.. sambil2 potong tuh abah soh masak sekali :-) Bolela makan sama2...
Selepas balik dari kenduri kawan abah kat Gombak, sempat la singgah kat perpustakaan Kuala Lumpur berhampitan dengan Dataran Merdeka. Abah lepak kat bahagian dewasa sementara Mama bawa asya ke Bhgn Kanak-kanak. Perpustakaan ini menarik tapi agak non-friendly untuk kanak-kanak yang umur 4 tahun... Watever pon Asya sangat-sangat enjoy kat dalam tuh.. Asya cakap pon dengan low-voice, berlari-lari amik buku, simpan balik kat rak (walaupon kena marah kat guard sbb kena letak kat troli jer.. Mama pon tak aware pasal nih ingatkan tak kisah kalu letak balik tempat asal..sian Asya tak pasal2 kena marah kat Guard dia yg garang!). Mula2 Mama agak frust jugak tapi mengenangkan asya excited kat situ so frustation tuh boleh letak ke tepi... Lepas nih Mama nak bawak Asya lagi ke Library....
Asya ikut Mama dan Abah g Bandung untuk kali ke-2. Kali nih kami menginap selama 3 malam di Patradisa Guest House di Jalan Wistakencana. Bilik superior murah dan selesa untuk 1 family,just Rp 225k tuk 1 malam termasuk breakfast. nak pegi mana-mana Mama dah tempah supir pak Tedi. Hari pertama lepas check in terus pegi makan dan ke FO di sekitar jalan Setiabudi, dan mestila tempat fav Mama ngan Abah iaitu Rumah Mode. Hari ke-2, jalan-jalan sekitar Toko anakecil, Mi Vi baby shop, Paris Van Java, Jalan Riau & Jalan Dago. Seterusnya hari ke-3, ke Pasar Baru, Bale Anak, Bandung Indah Plaza, Merdeka Outlet dan hari terakhir ke Chi-Walk sebelum ke Airport.