Wednesday, August 20, 2008

Happy 3rd Birthday Dayang Alissa

Khamis,14 Ogos -Sebelah malam pulak, lepas maghrib Mama ngan Abah bawak Asya pegi birthday party Alissa... Asya memang excited sepanjang jalan dok nyanyi lagu happy birthday... dok sebut dia nak gi birthday party... bawak satu hadiah untuk Alissa dan tak lupa juga satu hadiah untuk dia... kalau tak nanti jadi habisla party hehehe... Anyway, HAPPY BIRTHDAY ALISSA!! malam tuh Alissa cute sangat dan sporting...



Kek 'cupcakes' Alissa yang cute then tengokla Alissa habis comot lepas makan cupcakes....



Lidah Asya jadi biru.... hehehehe makan Big topla...

Jumpa Danish, Dania & Damiri

Khamis lepas (14 Ogos), Mama bawak Asya jumpa 3 orng kawan yang tak pernah Asya jumpa sejak azali lagi...:-) Seperti yang dijanjikan Asya tunggu kat LCCT dok tanya kita nak naik aeroplane ker nih? Mama cakap nak jumpa kawan... Then munculla diorg baru sampai dari Sabah nak transit ke Kota Bharu.. Asya malu-malu dok meyorok jer belakang Mama. Disebabkan terlalu excited sampai Mama lupa nak snap gambar.. maka takdela gambar dorg.. semua dah besar panjang, rupa pon dah boleh jadi orang sabah.. Pukul 3.30 Dorang terpaksa masuk ruang menunggu untuk flight seterusnya... walaupon perjumpaan yang singkat tapi cukup bermakna.. Thanks Enna!

Sunday, August 10, 2008

BBQ Rumah Alyssa

Kesinambungan BBQ Birthday Alyssa lepas, lagi sekali saja-saja suka-suka buat BBQ simple untuk famili terdekat yang mana boleh luangkan masa...


Wah.. seronoknya Asya & Alyssa


Yum... Yum... sedapnya

Hari Sukan TIPI

Sabtu, 9 Ogos, Tadika Asya adakan satu aktiviti tahunan iaitu Hari Sukaneka TIPI. Sepanjang jalan Asya dok tanya nak gi mana... Mama dia dok cakap nak gi Dewan, Asya ada sukan tapi Asya tak paham... mula-mula masuk dewan, dia macam terkejut.. dia tak nak join aktiviti langsung dan nangis nak balik..rupa-rupanya dia ingat dia kena hantar sekolah baru so dia tak nak pegi.. lepas teacher Malani dia pujuk (dok asyik ikut jer cikgu dia) baru dia nak join... lama-lama dia baru paham sedikit dan excited, berlari sana, berlari sini, sinun ngan kawan-kawan dia... nih ada sedikit gambar, Asya tak amik bahagian sebab acara hanya untuk budak2 berumur 6 tahun, Asya baru 4 tahun.. so tukang sorak jer... ;-) Asya rumah merah.. dia dok sorak cepat! cepat! (itu jer yg dia tau pon..hehhe)


Mula-mula sampai.. macam terkejut


Tengah merajuk..


Kawan-kawan Asya & Mood pon dah ok


Bersama Anis.....
Yeah!!!! Merah pasti boleh!

Monday, August 4, 2008

Happy Day!!!!

Tak terkata gembiranya Asya bila dia dan Alyssa sama-sama pergi ke Kolam Awam untuk budak-budak kat Putrajaya.. Tengokla aksi-aksi dan keletah dorg... Huih... meriah betul... Kolam nih percuma terletak berhampiran 'food court' Presint 9 (kalu tak silapla..)


Yeaahh... Bestnyer !!!!!


Lepas mandi main lagi kat taman... Makan pulak roti john....


Hari pun dah gelap,dua-dua dah penat dan nak balik....


Bye! Bye! nanti minggu depan kita datang lagi....

Thursday, July 31, 2008

Memory Lane

Memory Lane, Jusco Taman Equin meninggalkan kenangan yang cukup mencabar kewibawaan kami sebagai seorg ibu dan bapa. Bayangkan dalam kekalutan mencari hadiah untuk Alyssa, Asya dibiarkan berjalan di dalam kedai tuh tanpa pengawasan. Tiba-tiba bunyi 'pang'! seluruh kedai memandang Asya.... Berkecai 2 bijik 'mug' dan Asya menangis... tanpa pilihan dan tak byk soal kenala bayar ganti rugi.. maka melayangla lebih kurang RM40. Perasaan marah, terkilan memang tak terkata tapi cuba jgk mengawal keadaan walaupun tak terkawal (sowwiii... abah, saya sedih gilerrr!!!). Mula-mula memang Asya kena marahla tp bila pikir-pikir balik, kesalahan sebenar adalah pada KAMI! Abah berkali-kali pujuk Asya, bagitau apa kesilapan dia dan tak nak dia ulang lagi dan Asya berkali-kali pujuk Mama dia yang sensitip huwaaaaaaa... ;-o Keesokan hari Asya cerita, dia sebenarnya nak ambik 'bear' tapi terlanggar 'mug'. Sian Asya.... So PENGAJARAN untuk semua! JAGALAH ANAK KITA! KESILAPAN KITA SEBENARNYA MENGUNDANG MASALAH PADA KITA....
p/s: lupa nak amik gambar mug tuh.. lepas bayar terus kuar kedai, dah tak toleh belakang...

Sunday, July 27, 2008

Happy Birthday Princess!!!

Sabtu (semalam) adalah birthday party untuk Alyssa, meriah sungguh dengan kek 'princess' dia.. baju ala-ala princess hehehe. Alyssa sporting sungguh dan sgt-sgt-sgt 'excited' cuma Asya jer sedikit 'bad mood'. Anyway genapla 3 tahun umur Alyssa...




Blog Widget by LinkWithin