Saturday, January 22, 2011

Baik jadikan Teladan, Jahat jadikan Sempadan


Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap hal ini. Dan ramai yang tertanya berkenaan kes ini. Kes ini telah pon sampai kepada JKM. Dan saya tidak lagi menghantar anak saya di situ disebabkan hilang kepercayaan terhadap taska berkenaan. Saya berharap taska tersebut tidak lagi mengulangi perkara yang sama terhadap kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga harus dihormati sebagai insan.

Apabila mengetahui hal ini, saya mengambil cuti yg lama untuk menjaga anak saya dan amat sukar untuk membuat keputusan menukar kepada taska lain. Saya bukan seorg yg cerewet dan saya amat memahami dan menghormati tugas pengasuh. Saya paham bagaimana sukarnya mereka hendak menjaga kanak-kanak yang ramai. Saya boleh memaafkan mereka sekiranya terdapat luka-luka kecil atau kesan gigitan. Lumrah anak-anak bermain sesama mereka, kekdg bergaduh sesama sendiri. Jasa mereka mmg sukar untuk dibandingkan dengan bayaran bulanan yang kita hulurkan. Betapa besarnya pahala dan jasa pengasuh sekiranya mereka benar-benar memahami tugas mereka. Oleh itu cukupla bagi saya setiap hari apabila menjemput Aufal, dia senyum gembira menunggu saya di depan pintu.


Sunday, January 16, 2011

Kisah Taska

Nampaknya rata-rata ramai blogger dan di FB membincangkan perkara nih.. especially ibu-ibu. Terima kasih diatas keperihatinan semua.
Link-link yang berkaitan :

* Harap blogger berkenaan mengizinkan saya letak di sini

- Apa kes?
- Jadilah Pengasuh yang bertanggungjawab
- Taska kurang ajar ???????
- Taska tutup muka
- Taska Terlampau di Sri Kembangan
- Taska bangang
- eForum
- Lagi kisah taska.. pandai-pandai pilih
- Inikah keadaan sebenar di taska?
- Keadaan yang kita tak mahu lihat
- Attention! kepada yang anta anak di taska
- Taska yang tutup muka budak
- Nak bagi budak tidur lama
- Taska yang tak bertanggungjawab
- Taska zalim

Tuesday, January 11, 2011

Kenangan Pahit di Taska Kenari Cerdik

Aufal Berbaju biru gelap




Selama hampir 2 tahun Asya dan Aufal berada di Taska ni (Taska Kenari Cerdik, Taman Kota Perdana, Seri Kembangan) dan akhirnya Allah dah tunjukkan perkara sebenarnya telah berlaku.. terkejut dan terkilan apabila melihat hampir semua kanak-kanak di Taska berkenaan tidur dengan seluruh muka ditutupi oleh tuala atau bantal. Hati ibu mana yang sanggup melihat perkara ini berlaku terhadap anaknya. Tak ada cara lainkah selain dari penyeksaan begini dilakukan terhadap mereka. Disebabkan kanak-kanak adalah insan yang lemah sanggup penguasaha taska ini memperlakukan sebegini. Tak tau macamana nak sampaikan kepada ibu bapa mereka supaya Allah dapat tunjukkan kebenaran untuk yang dianayai.

Blog Widget by LinkWithin