Tuesday, January 11, 2011

Kenangan Pahit di Taska Kenari Cerdik

Aufal Berbaju biru gelap




Selama hampir 2 tahun Asya dan Aufal berada di Taska ni (Taska Kenari Cerdik, Taman Kota Perdana, Seri Kembangan) dan akhirnya Allah dah tunjukkan perkara sebenarnya telah berlaku.. terkejut dan terkilan apabila melihat hampir semua kanak-kanak di Taska berkenaan tidur dengan seluruh muka ditutupi oleh tuala atau bantal. Hati ibu mana yang sanggup melihat perkara ini berlaku terhadap anaknya. Tak ada cara lainkah selain dari penyeksaan begini dilakukan terhadap mereka. Disebabkan kanak-kanak adalah insan yang lemah sanggup penguasaha taska ini memperlakukan sebegini. Tak tau macamana nak sampaikan kepada ibu bapa mereka supaya Allah dapat tunjukkan kebenaran untuk yang dianayai.

32 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih Yani. We owe you! -Ibu Hannah & Rayscha-

nieda said...

salam ziarah..
saya ada baca cerita ini dari blogger yang lain. dan hari ini baru saya tahu taska yang terlibat.

OMG, anak u ada dalam pic ni? semoga Allah lindungi anak2 kita. Boleh saya share entry ini di blog??

Jungle Playland said...

Saya baru tahu mengenai ini pagi tadi apabila mendapat link di FB.
Teruknya la pengusaha taska itu. Berlesen atau tidak? Bayi bayi kat situ boleh lemas apabila kain menutup muka.

Harap pihak berkuasa mengambil tindakan dan dakwa mereka di Mahkamah

MamaAsya said...

Niat di hati memang nak semua parent dlm pic tuh tahu... so share jer kepd parents lain biar kita semua lebih alert dgn taska anak2 kita...

ieda said...

ya tuhan .. gile ker nie .. bukan ker boleh lemas tuu ..
pic last tuu siap tutup ngan bantal .. ish kalau budak tuu lemas mcm mana ... eiiii kalau akak ada situu mau akak jerit pengusaha tuu
kasi pelempang sekali ... eiiiii mengong sgt nieeeee .....

@e_da said...

allahuakbar..tak sangka anak awak yang terlibat... mujur ada email tu..kalau tak sampai bila pun tak tau kan.. dah ambil tindakan ke?

CatlinaFly said...
This comment has been removed by the author.
CatlinaFly said...

salam dear...sy juga da terbaca pasal taska ni...mama asya dah report pihak berkuasa?if bukan polis pun, jabatan kebajikan maybe?semoga semua anak2 di taska tersebut dilindungi allah...sy rasa if buat aduan kepada jabatan kebajikan, maybe kesen diorg boleh ditarik..wallahualam..anyone who knows about tindakan yang boleh dibuat mengenai hal ini, mungkin boleh bantu mama asya dan aufal ni..

syabas juga kepada insan yang ebrjaya ambil gmbr ni,dan mendedahkan hal sebenar...tertanya2 juga mcmane dia leh amik gmbr ye..agaknye gi jenguk anak waktu rehat tghari...

Nur Salwa said...

ya Allah.. mmg sedih kan biler tau anak kiter d perlakukan sebegitu...

AMIIZAA@Mieja said...

salamsss mama,

tumpang sedih...kesian kat anak2 diperlakukan begitu....:(

Zue AnnaLeeya said...

salam....
ader terbaca kt blog kwn2 pasal nih... mmg zalim sgguh... tak tau ker nak jaga t/jwb kita kt diorg...

mamaasya tak amik tindakan ker??? geram la saya tgk...

Zue AnnaLeeya said...

salah taip *** t/jwb diaorg kt kita??*** tgh marah sgt la nih, smp salah taip... sori..

Mrs. Simplicity said...

kejam! bila berita ni tersebar, terus tunjuk semua pics ni kat taska anak saya. harap u dapat cari taska lain utk anak2 u. take care

Momma Qiestina said...

salam kenal mama sya & aufal,

saya ada buat entri pasal nie last week.ya allah dlm gambar tu ada anak anak awak rupenyayaaa :(

betul tu, cepat report pada pihak yang berkuasa.tak bole biarkan benda ni terus menerus.sgt mebahayakan nyawa anak kita.

saya link kan blog awak eh.

Mek Rose said...

salam..
ish2..sianye
dah tido ateh toto je..ish2

Unknown said...

dah la bertoto je
buat lak bdk2 ni gini
sanggup derang erk
bleh tak bayangkan kalau tu anak dia
tak paham tul la
jaga elok2 bleh tak
dah la mahal bukan murah

Unknown said...

dah la bertoto je
buat lak bdk2 ni gini
sanggup derang erk
bleh tak bayangkan kalau tu anak dia
tak paham tul la
jaga elok2 bleh tak
dah la mahal bukan murah

Nur Sakinah Ahmad said...

slm kenal, siannya tgk tmpt tido budak2 ni..toto buruk gila, takkan la pengusaha tu takde inisiatif tukar tilam/ toto len..ish2..

nurra said...

adusss..teruk giler..kalau lemas diorg ni camner la...
kita yg dewasa ni tido berbungkus muka pun susah nak bernafas ok...

Minta copy dalam blog saya yer..

madoct10 said...

saya pun ada hantar anak kat KP...taska kenari cerdik ni kat mana?huhuhuuhh....

madoct10 said...

kesiannya. Sy hantar anak sy kat tadika kat KP ni tapi taska kat PUJ.... Kenari cerdik yg tk berapa cerdik ni kat mana?

Anonymous said...

salam,
saya mama alif, salah seorg anak dlm gambar tu. utk pengetahuan semua, gambar ni diambil oleh pekerja taska tu sendiri. saya rasa kalau dia seorg yg bertanggungjawab tentulah di boleh alihkan kain dan bantal tersebut. Apa yg diberitahu kain tu diletakkan untuk mengelakkan silau matahari, bukan utk menutup muka, tapi hanya menutup mata. Salah seorg dari kanak-kanak tu adalah anak kepada pengusaha taska tersebut.
So I think we all can think about it.

Anonymous said...

whatever the reason is, tutup mata sebab silau ke, sebab nak suruh tido ke, tetap salah ok. kalau betul silau, kenapa nak ditutup muka anak2 yg dijaga, tapi tak perbetulkan pengchayaan yang masuk ie: guna langsir lagi tebal.

takkan tak tau tutup muka dgn kain boleh membuatkan budak lemas??
agak-agaklah. nak suruh budak tidur, tutup mata, kan. nak elak dia main-main dgn kanak-kanak sebelah. bukan sebab silau. what a lame excuse!

Anonymous said...

parents who leave your kids specifically at this taska kenari tak cerdik ni, please, please do not swallow any excuse given by the owner, ok!
be it sebab silau as per the prev comment pun.
tutup mata saja katanya tapi tutup satu muka dgn kain. - ok fine dia boleh kasi alasan asal tutup mata saja tapi lama2 kain tu tutup satu muka bila budak tu main2. inilah yg bahayanya. budak2 bleh suffocate.
but then again please explain gambar yg terang-terang menutup muka dengan bantal tu?
yg pekerjanya bijak sangat ya, ambik gambar tapi tak de kudrat nak alihkan kain ke?

hanya orang dah meninggal saja mukanya ditutup kain.

Anonymous said...

salam semua.. saya dapat mail forwarded from my wife and once saya baca mmg saya tak boleh nak maafkan the taska owner... whatever the reason is be it silau ke apa ke.. but they're not supposed to do that..so unethical! kalau lemas bebudak tu nanti apa hal..
walaupun saya dok di utara tapi saya pun risau maybe this case ada terjadi jugak kat sini cuma tak diketengahkan saja.. anyway thanks and very good job kepada yang membawa kes ni ke tengah..best of luck to you.

AQisH said...

minggu lepas ada dpt emel ni..mmg nak nangis tgk..kesian diorgkan..klulah lemas ke aper..aisshh..still htr anak kat sini lg ker..

Anonymous said...

Salam Mama Alif. Gambar2 ini bukan diambil oleh pekerja taska!!! Owner tersebut nak lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan menuduh staf2 dia. Owner taska ini juga telah kelentong ramai ibubapa. Harap maklum~!

Anonymous said...

Nak elak silau..?? apa laa punyer alasan. Bodoh betul!! Jika tutup mata pon kenapa ada yang dibungkus satu kepala..??? hidung pon tak nampak!!! Jika terbelit leher mcmmana? Ada letak apa2 ke kat tuala tu semua spy budak2 hidu boleh tido??? Ubat batuk?? Tolong laa pikir rational!!! Otak ada jgn letak kat lutut!!! Ini NYAWA tahu tak??!!!

MamaAsya said...

Gambar nih telah ditunjukkan pada kakak dia yang berumur 6 tahun. Dia mmg bgtau sebenarnya dorg mmg tidur tutup seluruh muka dah lama. Saya juga turut bertanya dengan kanak2 lain dan dorg bgtau bende yg sama. Kanak-kanak tak pandai menipu.

NbW said...

Assalamualaikum.. mama asya

Saya ada adik ipar bekerja di JKM di KL. Saya akan forward link u ni kepada dia so that dia boleh buat sesuatu e.g. buat serbuan ke or siasatan apa2 yg patut. Taska ni patut di tutup sebelum ada kes yg serius berlaku.

NbW said...
This comment has been removed by the author.
NbW said...
This comment has been removed by the author.
Blog Widget by LinkWithin