Saturday, January 22, 2011

Baik jadikan Teladan, Jahat jadikan Sempadan


Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap hal ini. Dan ramai yang tertanya berkenaan kes ini. Kes ini telah pon sampai kepada JKM. Dan saya tidak lagi menghantar anak saya di situ disebabkan hilang kepercayaan terhadap taska berkenaan. Saya berharap taska tersebut tidak lagi mengulangi perkara yang sama terhadap kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga harus dihormati sebagai insan.

Apabila mengetahui hal ini, saya mengambil cuti yg lama untuk menjaga anak saya dan amat sukar untuk membuat keputusan menukar kepada taska lain. Saya bukan seorg yg cerewet dan saya amat memahami dan menghormati tugas pengasuh. Saya paham bagaimana sukarnya mereka hendak menjaga kanak-kanak yang ramai. Saya boleh memaafkan mereka sekiranya terdapat luka-luka kecil atau kesan gigitan. Lumrah anak-anak bermain sesama mereka, kekdg bergaduh sesama sendiri. Jasa mereka mmg sukar untuk dibandingkan dengan bayaran bulanan yang kita hulurkan. Betapa besarnya pahala dan jasa pengasuh sekiranya mereka benar-benar memahami tugas mereka. Oleh itu cukupla bagi saya setiap hari apabila menjemput Aufal, dia senyum gembira menunggu saya di depan pintu.


2 comments:

...mommy jue... said...

tiada manusia yang sempurna kan? alhamdulillah anak2 selamat.. pengajaran juga untuk pemilik taska. jaga anak orang macam jaga darah daging sendiri. harus ikhlas kan diri.. hehe.. selamat berkenalan

wamalina said...

teruk betul taska ni. minta izin share your blog ya.. tq.

Blog Widget by LinkWithin