Thursday, October 25, 2012

Selamat Datang


Puteri Qurratul Ariana

Sarah Batrisya

Harith Iman

Susu Auni

Alhamdulillah berkat pengalaman lepas, study sana sini, cabaran dan kesabaran, inilah hasil dari usaha Mama untuk Auni. Semoga Mama berjaya menyusu Auni secara exclusive selama 2 tahun. Amin.

Friday, October 19, 2012

Kelahiran Auni Penyeri Keluarga


Tarikh : 22 April 2012
Masa : 11.42am

Kehadiran lagi seorang cahayamata perempuan sebagai penyeri dan memeriahkan keluarga kami. Selamat Datang Auni Afiqah!!! Semoga Auni menjadi anak yang solehah.

Saturday, January 22, 2011

Baik jadikan Teladan, Jahat jadikan Sempadan


Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap hal ini. Dan ramai yang tertanya berkenaan kes ini. Kes ini telah pon sampai kepada JKM. Dan saya tidak lagi menghantar anak saya di situ disebabkan hilang kepercayaan terhadap taska berkenaan. Saya berharap taska tersebut tidak lagi mengulangi perkara yang sama terhadap kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga harus dihormati sebagai insan.

Apabila mengetahui hal ini, saya mengambil cuti yg lama untuk menjaga anak saya dan amat sukar untuk membuat keputusan menukar kepada taska lain. Saya bukan seorg yg cerewet dan saya amat memahami dan menghormati tugas pengasuh. Saya paham bagaimana sukarnya mereka hendak menjaga kanak-kanak yang ramai. Saya boleh memaafkan mereka sekiranya terdapat luka-luka kecil atau kesan gigitan. Lumrah anak-anak bermain sesama mereka, kekdg bergaduh sesama sendiri. Jasa mereka mmg sukar untuk dibandingkan dengan bayaran bulanan yang kita hulurkan. Betapa besarnya pahala dan jasa pengasuh sekiranya mereka benar-benar memahami tugas mereka. Oleh itu cukupla bagi saya setiap hari apabila menjemput Aufal, dia senyum gembira menunggu saya di depan pintu.


Sunday, January 16, 2011

Kisah Taska

Nampaknya rata-rata ramai blogger dan di FB membincangkan perkara nih.. especially ibu-ibu. Terima kasih diatas keperihatinan semua.
Link-link yang berkaitan :

* Harap blogger berkenaan mengizinkan saya letak di sini

- Apa kes?
- Jadilah Pengasuh yang bertanggungjawab
- Taska kurang ajar ???????
- Taska tutup muka
- Taska Terlampau di Sri Kembangan
- Taska bangang
- eForum
- Lagi kisah taska.. pandai-pandai pilih
- Inikah keadaan sebenar di taska?
- Keadaan yang kita tak mahu lihat
- Attention! kepada yang anta anak di taska
- Taska yang tutup muka budak
- Nak bagi budak tidur lama
- Taska yang tak bertanggungjawab
- Taska zalim

Tuesday, January 11, 2011

Kenangan Pahit di Taska Kenari Cerdik

Aufal Berbaju biru gelap




Selama hampir 2 tahun Asya dan Aufal berada di Taska ni (Taska Kenari Cerdik, Taman Kota Perdana, Seri Kembangan) dan akhirnya Allah dah tunjukkan perkara sebenarnya telah berlaku.. terkejut dan terkilan apabila melihat hampir semua kanak-kanak di Taska berkenaan tidur dengan seluruh muka ditutupi oleh tuala atau bantal. Hati ibu mana yang sanggup melihat perkara ini berlaku terhadap anaknya. Tak ada cara lainkah selain dari penyeksaan begini dilakukan terhadap mereka. Disebabkan kanak-kanak adalah insan yang lemah sanggup penguasaha taska ini memperlakukan sebegini. Tak tau macamana nak sampaikan kepada ibu bapa mereka supaya Allah dapat tunjukkan kebenaran untuk yang dianayai.

Tuesday, January 26, 2010

Asya @ Playground

Asya From Day 1


Saat Asya membesar tanpa disedari.. rasa baru sahaja Asya lahir ke dunia tapi sedar tak sedar dah nak cecah umur 6 tahun... banyak lagi koleksi gambar2 Asya dlm PC nih tapi sebahagian sahaja tuk diletakkan kat sini... ini pon dah nampak ketara sangat dari baby-toddler-now.

Friday, January 15, 2010

baby-and-nature-sugarissa-contest

Asya beraksi dengan Alyssa kat pantai fav diorg kat kampung... inila tempat yang pasti dikunjungi tiap kali balik K.Trg...



Sambil menyelam sambil minum air, Mama turut serta letakkan Asya dalam Baby-and-nature-sugarissa-contest.. Mana tau ada rezeki.. Meh join bersama-sama di sini.




Syyyiiiookkknyyyaa...... Jom kita lompatt!!!!!!





Nama : Asya Atiqah, 6 Tahun

Contest 'Saat Manis Si Manja'


***** Asya Atiqah, 6 Tahun ********
Saat Manis Asya dan sepupunya Alyssa bercuti di kampung dan bermain di tepi pantai.. ~Syoooookkknyeerrrr~

Tuesday, August 18, 2009

Asya's 4th BirdDay...

Happy Belated Birthday to Asya on 10 Nov lepas... dah lama simpan dlm PC pic nih, this year kita ajak kawan2 Asya dtg pulak...

Our Sweet Family Tree

Mula2 Mak Teh Asya nak buat lain.. dah macam2 cara, last sekali inila hasilnya yg telah memenangi hadiah saguhati dalam Shalia's Treats... Thanks to Mak Teh and Pak Teh 4 the cuppa cakes.. hmmm best lain kali belanja lagi ek..

Friday, August 14, 2009

Asya's new brother - Aufal

Welcome Aboard 2 Aufal....

* link from Mak Teh's Blog

* link from Cik Long's Blog

Thursday, June 11, 2009

Ayoh Ngoh's Engagement Ceremony

TahNiaH aYoH nGoH....n aNTiE YaYa...

SeMoGa CePaT SiMpaN DuiT aGaR CePaT KaWiN...

Sunday, January 4, 2009

AsYa's FiRsT MiX VeGie

Sepanjang cuti sekolah, Asya menghabiskan masa dengan abah..maka disebabkan banyak masa terluang, kenala isi dengan aktiviti-aktiviti agar Asya tak keboringan di rumah.. salah satu aktiviti yang Asya memang suke buat ialah potong-potong sayur kat dapur.. sambil2 potong tuh abah soh masak sekali :-) Bolela makan sama2...

AsYa & aLyssa at DaTaRan PuTRaJaYa

Date : 19 Dis 2008
Venue : DaTaRaN PuTRaJaYa

Thursday, December 18, 2008

AsYa @ KL Library

Date : 30 Nov 2008
Venue : KL Library

Selepas balik dari kenduri kawan abah kat Gombak, sempat la singgah kat perpustakaan Kuala Lumpur berhampitan dengan Dataran Merdeka. Abah lepak kat bahagian dewasa sementara Mama bawa asya ke Bhgn Kanak-kanak. Perpustakaan ini menarik tapi agak non-friendly untuk kanak-kanak yang umur 4 tahun... Watever pon Asya sangat-sangat enjoy kat dalam tuh.. Asya cakap pon dengan low-voice, berlari-lari amik buku, simpan balik kat rak (walaupon kena marah kat guard sbb kena letak kat troli jer.. Mama pon tak aware pasal nih ingatkan tak kisah kalu letak balik tempat asal..sian Asya tak pasal2 kena marah kat Guard dia yg garang!). Mula2 Mama agak frust jugak tapi mengenangkan asya excited kat situ so frustation tuh boleh letak ke tepi... Lepas nih Mama nak bawak Asya lagi ke Library....

KuCiNg ToK Ma

AsYa's New Hair Cut

Date :15 Disember 2008
Venue : Rumah Tok Wan...

Asya potong rambut...

AsYa @ BaNDuNg, iNdoNeSia

Date : 25 -28 Nov 2008
Venue : Bandung, Indonesia

Asya ikut Mama dan Abah g Bandung untuk kali ke-2. Kali nih kami menginap selama 3 malam di Patradisa Guest House di Jalan Wistakencana. Bilik superior murah dan selesa untuk 1 family,just Rp 225k tuk 1 malam termasuk breakfast. nak pegi mana-mana Mama dah tempah supir pak Tedi. Hari pertama lepas check in terus pegi makan dan ke FO di sekitar jalan Setiabudi, dan mestila tempat fav Mama ngan Abah iaitu Rumah Mode. Hari ke-2, jalan-jalan sekitar Toko anakecil, Mi Vi baby shop, Paris Van Java, Jalan Riau & Jalan Dago. Seterusnya hari ke-3, ke Pasar Baru, Bale Anak, Bandung Indah Plaza, Merdeka Outlet dan hari terakhir ke Chi-Walk sebelum ke Airport.

Blog Widget by LinkWithin